PUTRAJAYA - Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan.
"Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini.
Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita," kata beliau dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini.
Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.
"Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi.
"Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)," kata beliau.
Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. #sumber



Projek Ganti Bumbung Sekolah Terbengkalai, Jabatan Pelajaran Pahang (JPNP) Di Harap Bertindak Segera !!
KUANTAN, 18 Jun - Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli AKA Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini menggesa Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) mengambil perhatian serius terhadap isu kelewatan menyiapkan kerja-kerja menggantikan bumbung Sekolah Rendah LKTP Bukit Goh dekat sini. Beliau yang menghubungi PDO awal pagi tadi berkata, kelewatan dan kegagalan kontraktor menjalankan kerja-kerja berkaitan kini telah menyusahkan para pelajar di sekolah terbabit. Menurutnya, projek tersebut sepatutnya siap pada 19 Julai 2013 ini. Namun, daripada progres kerja yang sepatutnya dijalankan maka ia dijangka tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. "Siap lewat itu tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR), namun kini masalahnya ialah kepada pelajar. Saya difahamkan pelajar terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa. Mereka kini berhimpit-himpit dalam satu kelas yang digabungkan hingga mencecah 50 orang. Bayangkan, situasi ini amat menyusahkan.. terutamanya kepada pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Bukan sahaja pelajar tidak selesa, malah guru-guru juga mungkin berhadapan dengan masalah yang sama", katanya yang juga bekas Calon Bebas DUN Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Shukri juga berkata, dia terpanggil untuk mendedahkan isu ini selepas mendapat rungutan daripada beberapa orang ibubapa yang amat kecewa dengan senario ini.
"Saya hairan mana perginya kontraktor yang telah diamanahkan untuk menyiapkan projek ini?. Bangunan sudah dipagar (zink biru) tapi kerja terhenti. Projek sepatut bermula bulan April lalu dan siap Julai ini. Namun, jika ini keadaannya... saya yakin projek ini tidak akan siap mengikut jadual. Jika ini berlaku.. bukankah ia lebih menyusahkan para pelajar dan guru di sekolah terbabit...", katanya lagi. Tinjau krew kami di Kuantan mendapati projek berkenaan telah dianugerahkan kepada kontraktor MYJZ Enterprise yang beralamat di No. 1/54226, Kampung Baru Permatang Badak, Kuantan (berdasarkan kepada papan iklan). Projek ini adalah dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan (Nombor Sebut Harga Tender ialah JKR/KTN/B(F) 01/2012)
[Jika dilihat kepada tarikh projek berkenaan, ternyata ia dianugerahkan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu. Namun, anehnya projek yang sepatutnya sudah berjalan 80% itu terhenti begitu sahaja selepas sekolah berkenaan dipagar oleh pihak kontraktor. Dapat dilihat dengan jelas beg simen dan barangan berkaitan sudah diletakkan di kaki lima sekolah terbabit. Soalnya, ke mana menghilang kontraktor berkenaan?. Apa yang terjadi ini jelas membuktikan ada unsur-unsur yang tidak wajar telah berlaku. Namun, siasatan yang rapi harus dilakukan oleh JKR Daerah Kuantan sendiri sekarang. Kenapa perlu menyusahkan para pelajar berkenaan. Mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam keadaan yang tidak selesa akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual. Kini, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan digesa menghantar pegawai masing-masing untuk memantau projek berkenaan. Demi para pelajar yang terbabit, lakukanlah sesuatu mulai sekarang !!].
Bangunan sekolah sudah dipagar dengan zink biru, tapi kerja terbengkalai
"Saya hairan mana perginya kontraktor yang telah diamanahkan untuk menyiapkan projek ini?. Bangunan sudah dipagar (zink biru) tapi kerja terhenti. Projek sepatut bermula bulan April lalu dan siap Julai ini. Namun, jika ini keadaannya... saya yakin projek ini tidak akan siap mengikut jadual. Jika ini berlaku.. bukankah ia lebih menyusahkan para pelajar dan guru di sekolah terbabit...", katanya lagi. Tinjau krew kami di Kuantan mendapati projek berkenaan telah dianugerahkan kepada kontraktor MYJZ Enterprise yang beralamat di No. 1/54226, Kampung Baru Permatang Badak, Kuantan (berdasarkan kepada papan iklan). Projek ini adalah dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan (Nombor Sebut Harga Tender ialah JKR/KTN/B(F) 01/2012)
Papan iklan berkenaan, membuktikan projek ini mesti siap dalam tempoh
sebulan dari sekarang. Namun, dari kerjanya mungkin tidak jadi kenyataan
Panas: Warga Emas Mandi Perigi Sejak 30 Tahun Lalu
ROMPIN - Seorang warga emas melalui hidup sukar sejak 30 tahun lalu apabila terpaksa tinggal dalam rumah yang tidak mempunyai bekalan asas sepatutnya. Segalanya berlaku apabila permohonan untuk memiliki tanah yang diterokanya tidak mendapat kelulusan, sekali gus menjadi penghalang bekalan air bersih dan kemudahan lain disalurkan ke rumahnya. Saad Shafie, 83, berkata, dia merantau dari Kedah bersama isteri 30 tahun yang lalu untuk mencari rezeki di sini. “Dulu, pakcik datang ke sini berdua dengan isteri dan telah meneroka tanah ini sejak 30 tahun lalu, sejak itu kami hanya menggunakan perigi sebagai sumber air. “Keluasan tanah ini lebih kurang dua hektar dan telah ditanam dengan pokok sawit. Anak pakcik ada lima tetapi hanya seorang yang tinggal dengan pakcik bersama isteri dan empat anaknya, sementara anak lain tinggal di Kedah,” katanya. Saad berkata, dia membuat permohonan pemilikan tanah pada 2001 disusuli permohonan sama yang dibuat anak lelakinya, Ismail Saad pada 2009, namun tidak mendapat jawapan.Bukan sahaja permohonan tanah, malah permohonan bantuan warga emas dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin juga tidak mendapat respons. Menantunya, Noridah Ramli, 25, berkata, bapa mertuanya sepatutnya layak menerima bantuan JKM memandangkan dia langsung tidak mempunyai pendapatan. “Ayah sekarang hanya mengharapkan suami saya untuk menanggungnya. Suami pula hanya pemandu lori ikan dan walaupun ada kebun sawit, pendapatan yang diterima tidak menentu, bergantung kepada hasil. "Anak yang di Kedah pula tiada khabar berita dan langsung tak hantar wang belanja kepada ayah,” katanya. Noridah berkata, tugas menjaga bapa mertuanya diuruskan olehnya memandangkan suaminya perlu keluar bekerja. “Suami minta saya tolong jaga ayah sebab ayah dah tua sangat. Selain itu, saya juga menjaga dua anak suami dengan isteri pertamanya, seorang anak angkat dan seorang anak kami sendiri,” katanya. Noridah berkata, dia tidak punyai masalah menjaga bapa mertuanya dan uruskan anak-anak, namun yang menyusahkan bila tiada bekalan air bersih untuk urusan harian lain seperti memasak, membasuh dan sebagainya.
“Kami terpaksa guna air perigi, kadang-kadang minta air dengan jiran untuk masak dan minum. Itu pun bukan percuma, kami bayar apa yang kami ambil," katanya. Lebih perit katanya, apabila musim kemarau kerana perigi kering dan tong tadahan air hujan kosong. Menurutnya, baru-baru ini, mereka terpaksa minta orang gali tanah guna jengkaut untuk mendapatkan sumber air, tetapi malangnya selepas digali, air tidak banyak malah keruh. “Sekarang kami memang susah nak mandi, air untuk memasak saya atau suami angkut guna tong (dari rumah jiran) dengan menaiki motosikal dalam jarak satu kilometer dari rumah. "Jika suami pulang lewat, kami terpaksa mandi air parit depan rumah atau air perigi yang dijadikan kolam ikan di belakang rumah, saya basuh pakaian juga di sana," katanya. Masalah lain yang dihadapi keluarga Saad ialah jalan ke rumah mereka tidak berturap dan keadaan itu menyukarkan urusan keluar masuk selain mengundang bahaya. “Saya pernah bawa ayah naik kereta sorong sebab ketika itu ayah diserang sakit angin pasang dan masa itu jalan lecah kerana baru lepas hujan, jadi motosikal tidak boleh lalu,” kata Noridah. Menurutnya, dia sekeluarga pernah memohon bantuan dengan wakil rakyat Dun Tioman dan beliau memaklumkan akan datang melihat sendiri keadaan mereka. "Tapi saya tak pasti dia datang atau tidak sebab saya takut kalau dia datang masa kami tiada di rumah,” katanya ketika ditemui wartawan. #sumber
Ribut Kuat, Warga Emas Terkejut Bumbung Melayang!
BENTONG - Seorang warga emas tergamam melihat bumbung tempat simpanan barang bersebelahan rumahnya di Lorong 17 Kampung Chamang Baru, dekat sini, diterbangkan angin kuat awal pagi semalam.
Chew Ah Moi, 76, berkata, dia terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi angin agak di luar rumah kira-kira jam 3 pagi.
Menurutnya, walaupun takut, dia memberanikan diri melihat keadaan di luar dan mendapati bumbung stornya diterbangkan angin.
“Saya lihat bumbung itu terbang ke bahagian belakang rumah berhampiran rumah jiran.
“Barang-barang dalam stor pula habis basah kena hujan,” katanya.
Ah Moi berkata, dia bernasib baik kerana hanya bumbung stor diterbangkan angin, manakala bumbung rumahnya masih berkeadaan baik.
Katanya, walaupun terkejut dengan kejadian itu, dia bersyukur kerana tiada perkara buruk menimpanya.
Dalam kejadian itu, dianggarkan lima rumah terjejas akibat ribut pagi semalam, namun kebanyakannya tidak mengalami kerosakan teruk.
Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Bentong, Datuk Hoh Khai Mun berkata, pihaknya berharap penduduk yang terlibat membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ia membolehkan penilaian dibuat terhadap kerosakan yang berlaku dan seterusnya bantuan bersesuaian dapat disalurkan," katanya. #sumber
Polis Nafi Kegiatan Judi Siber Kini Meluas Lepas PRU !
KUANTAN - Polis Pahang menyangkal dakwaan mengatakan kegiatan judi siber haram semakin berkembang di bandar ini selepas Pilihanraya Umum Ke-13 lalu. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, Mohd Zakaria Ahmad berkata, tohmahan itu tidak berasas kerana pihaknya sentiasa memperteguh penguatkuasaan dan statistik kes mesin perjudian haram semakin menurun hasil operasi berterusan dijalankan. Pada operasi yang dilakukan di sekitar bandar ini pada 15 dan 16 Jun lalu, pihak polis berjaya menangkap 10 orang penjaga dan pengunjung pusat mesin perjudian haram dengan rampasan bernilai ribuan ringgit. "Dalam masa dua hari, 10 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30an berjaya ditangkap dan sebanyak 158 mesin judi bernilai RM15,800 serta wang tunai ribuan ringgit dirampas. "Tangkapan dan rampasan berkenaan hasil enam operasi yang dijalankan dan ini membuktikan usaha berterusan dilakukan dalam membanteras gejala mesin perjudian haram," dakwanya. #sumber
Lelaki Kena Belasah Gara-Gara Maksiat Isteri Orang !!
BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung. Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih. Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah itu kerana telah membuat temu janji sebelumnya. Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku. Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki itu dan penduduk kampung. Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian hubungi penguatkuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan tersebut diserahkan kepada pihak polis. #sumber
Panas: Sarjan Tentera Di Tangkap Khalwat Di Kluang !
KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.
Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu.
Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.
“Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.
“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam serbuan berkenaan.
Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim.
Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing.
“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. #sumber
Zahid: Prosedur Ambil Pekerja Asing Di Kaji Semula !!
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) berkata prosedur baru nanti akan turut menyentuh soal pelindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan.
"Pekerja asing berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya.
Kajian juga akan melihat mengenai bon dalam pengambilan pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan rakyat asing agar pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran pekerja mereka dalam negara tidak melebihi tempoh yang dibenarkan.
Pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan pekerja asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana Malaysia memerlukan khidmat mereka untuk bangunkan ekonomi negara, katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil contoh sistem pengambilan pekerja asing yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura untuk dibuat perbandingan dalam menampilkan sistem terbaik buat negara. Beliau berkata UAE adalah contoh negara yang dapat kawal kehadiran warga asing dengan baik, apabila negara yang punyai penduduk sekitar 500,000 orang itu mempunyai kira-kira 4.6 juta pekerja asing sekarang. #sumber
Rasuah, Ahli Parlimen BN Marah Dakwaan Calon PAS !
Dakwaan tokoh PAS Dzulkefly Ahmad bahawa terdapat pemilih di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah menyokong BN dalam pilihan raya lalu membangkitkan kemarahan kumpulan itu. Anggota Parlimennya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, beliau menerima banyak reaksi, termasuk ratusan panggilan telefon dan SMS, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram yang kebanyakannya generasi muda menyatakan kemarahan dan kekecewaan."Tuduhan Dr Dzul (Dzulkefly) (kanan) adalah seperti menghina kematangan pengundi terutamanya orang muda Kuala Selangor. "Dr Dzul perlu membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhan beliau kepada seluruh pengundi Kuala Selangor terutamanya pengundi DUN Jeram atas tuduhan berat beliau ini," katanya. Dalam wawancara terkini dengan Malaysiakini, Dzulkefly mendakwa, pembelian undi itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen. Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya. Diminta menjelaskan dakwaan itu semalam, Irmohizam memberitahu, sepanjang pengetahuan beliau memang perkara itu tidak pernah wujud. #sumber
Panas: Janda Di Cekup Dengan Warga Nepal Di Kluang
KLUANG – Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.
Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.
Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.
Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk bantu siasatan.
“Manakala, wanita itu turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya. #sumber
Ustaz Nasrudin Di Minta 'Jernihkan' Sungai Pahang !!
Menjadi wakil rakyat bukan mudah. Namun diminta oleh rakyat agar berbuat sesuatu untuk menjernihkan air Sungai Pahang bukan satu kerja yang mudah dan satu saranan yang memeranjatkan.
Itulah yang dialami oleh anggota Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan (foto) di hari-hari awal beliau menjadi wakil rakyat.
Sungai Pahang adalah sungai terpanjang di semenanjung Malaysia dan melalui tengah-tengah bandar Temerloh. Airnya yang keruh menjadi tempat paling di gemari ikan Patin menjadikan Temerloh sangat terkenal dengan ikan Patin.
"Saya didatangi seorang penduduk di parlimen yang saya wakili iaitu Temerloh, meminta supaya saya melakukan sesuatu untuk menjernihkan air sungai Pahang.
"Ini satu contoh hendak menggambarkan bagaimana, pelbagai aduan, pelbagai rupa, harapan rakyat yang sebegitu," tambah beliau lagi. #sumber
Panas: Video Markas Syiah Melayu Di Lancar Tersebar
Mendedahkan video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor - 2013
video ini di laman youtube setelah dikongsi oleh salah seorang pengikut SYIAH MELAYU dan diupload pada tarikh 12 JUN 2013 - terus buka link "Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia"
http://www.youtube.com/watch?v=caCMw4Bi3-M. Cuba perhatikan semula aksi mereka ini :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)
Pendedahan bersifat umum hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang sebenarnya. Apa yang disaksikan ini adalah kisah sebenar ! #sumber
DAP Kerah Ahli Hitamkan Padang Merbok 22 Jun ini !!
DAP sudah mengarahkan anggotanya dari pelbagai peringkat agar turun beramai-ramai ke himpunan "Black 505" pada 22 Jun ini di Padang Merbok, kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong (foto). “Kami menyokong penuh himpunan ini dan akan turun beramai-ramai pada 22 Jun sebagaimana hasrat yang sudah dinyatakan pimpinan tertinggi parti. “Kami juga bersetuju dengan tiga tujuan himpunan diadakan termasuk mendesak semua anggota SPR terutama Pengerusi dan Timbalannya meletak jawatan kerana bersubahat menipu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu,” katanya. Beliau yang juga antara wakil DAP dalam jawatankuasa himpunan itu turut mencadangkan pelantikan anggota SPR baru bukan sahaja mesti dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat, BN dan NGO tapi mesti diurus sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang lebih bebas. #sumber
Peguam: Hak Berhimpun Dijamin Oleh Perlembagaan!
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berhak menyertai perhimpunan seperti termaktub dalam Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman (APA), kata peguam Lawyers for Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor.“Sekiranya peserta ditahan ketika dalam perjalanan hadir ke tapak program, mereka berhak bertanya kepada polis motif ditahan dan atas kesalahan apa. “Dari situ mereka boleh memastikan kedudukan sebenar mereka berdasarkan peruntukan Perlembagaan. “Jika dibawa ke balai polis, peserta masih berhak mendapatkan bantuan guaman atau menghubungi ahli keluarga bagi mengesahkan lokasi sebenar mereka, ini penting untuk memudahkan urusan guaman,” ujarnya Tambah Afiq, sekiranya peserta tidak tahu untuk berhadapan dengan polis ketika ditahan, mereka disarankan untuk berdiam diri sahaja. “Tindakan berdiam diri adalah hak yang dijamin oleh Seksyen 112 (2) Kanun Tatacara Jenayah dan hanya memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja,” katanya. Ujarnya lagi, LFL ada menyediakan bantuan guaman kepada peserta yang ditahan dan akan mengedarkan senarai nama dan no perhubungan peguam yang boleh dihubungi melalui media sosial rasmi LFL. Peserta dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi kepada polis kerana akan berikan kesan buruk kepada perjalanan perhimpunan tersebut itu nanti. #sumber
Anwar: Dunia Perhati Perkembangan PRU Di Malaysia
BATU PAHAT - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berkata, dunia kini sedang memerhatikan Malaysia selepas diketahui wujudnya penipuan dalam pilihan raya umum ke-13. Kata Anwar, antara pemimpin dunia yang memberi reaksi berikutan penyelewengan pilihan raya di negara ini temasuk dari Indonesia, negara terbesar umat Islam dan Turki. “Saya baru pulang dari Bali dan Jakarta atas undangan Susilo bagi mendapat penjelasan terkini berhubung politik dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU lalu,” ujarnya hadapan 5,000 hadirin dalam ceramah Black 505 di Parit Raja, Batu Pahat, malam tadi. “Beliau seorang demokrat dan tidak boleh lihat penyelewengan yang berlaku dalam pilihanraya yang beliau sebut sebagai ‘kecurangan pemilu (pemilihan umum) “Kata Susilo, sekiranya kecurangan seperti ini berlaku di Indonesia, sudah pasti rakyatnya akan bangkit memberontak kerana Indonesia merasakan penyelewengan pilihanraya adalah sesuatu yang melampau,” kata Anwar.“Susilo tidak berhasrat campur tangan dalam urusan politik di Malaysia tetapi undangan yang dibuat itu kerana anggap Malaysia sebagai negara sahabat,” ujar beliau. Katanya lagi, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan turut menyatakan rasa aneh dengan keputusan pilihan raya lalu yang menunjukkan peratusan undi popular pakatan lebih banyak berbanding UMNO BN. “Erdogan tanya saya bagaimana parti yang mendapat undi minoriti boleh menjadi Perdana Menteri? “Saya cuma jawab Malaysia Boleh!,” katanya sinis, sambil disambut dengan ketawa hadirin. #sumber
Exco: Kelantan Teruskan Projek Lebuh Raya Rakyat !
KOTA BHARU - Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 km tetap diteruskan kerajaan negeri, sekiranya kerajaan pusat enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Anggota Exco, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri mengambil tanggungjawab terbabit memandangkan kerajaan pusat mengenepikan projek berkenaan sejak 1986 (Rancangan Malaysia Ke-5.“Pernah semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara peruntukan membina lebuh raya tersebut diluluskan, namun ditarik balik kemudiannya.
“Malah Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (UPEN) pernah memasukkan sekali lagi cadangan membina lebuh raya tersebut pada RMK-10, namun juga ditolak.
“Maka mengambil kira kerajaan pusat enggan membinanya, kerajaan negeri pada Mei tahun lepas melancarkan projek berkenaan bagi manfaat rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Yusnan Yusoff (PAS-Melor) pada persidangan DUN hari ini.
Sehingga kini lebih RM2 juta disumbangkan pelbagai pihak bagi mengisi dana Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan Negeri Kelantan mensasarkan dana dapat dikumpul sehingga RM50 juta.
Menjawab soalan asal Mohd Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai) Hanifa berkata, projek berkenaan sudah dimulakan di Hutan Simpan Hulu Sat, Bukit Bakar bagi fasa pertama.
Katanya, pakej itu akan disambung sehingga ke Kampung Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 29 km.
Manakala pakej kedua akan bermula dari Tunjung ke Bukit Bakar, Machang sejauh 44 km. #sumber
Mahathir Sokong Dua Jawatan Tidak Di Pertandingkan
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.
Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu.
"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.
"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.
"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan tubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya kepada media hari ini. #sumber
Penganalisis: Tindakan Anwar Di Indonesia Tak Wajar
SHAH ALAM – Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu tentang ‘kecurangan’ Pilihanraya Umum Ke-13 kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) merupakan tindakan yang tidak wajar.
Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain (foto), tindakan Anwar tersebut hanya memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berpolitik.
“Bagi saya kenapa perlu beliau,(Anwar) mengadu kepada Susilo dan Jusuf. Ini merupakan tindakan yang kurang sesuai, sebagai ahli politik yang berpengalaman beliau perlu matang,” katanya.
Dalam hal ini, beliau menegaskan supaya Anwar menggunakan saluran dan perundangan yang sedia ada di negara kita, seandainya beliau masih belum lagi berpuas hati dengan perjalanan PRU13 pada 5 Mei lalu.
“Perkara ini, (PRU13) perlu diselesaikan di dalam negara, kita ada undang-undang dan saluran undang- undang.
"Jadi gunakan saluran tersebut. Kenapa perlu mengadu kepada pihak luar?" katanya lagi.
Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam. #sumber
Nurul Izzah: Dakwat kekal, SPR Tidak Layak Kecewa !
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (foto) mendakwa, sewajarnya rakyat Malaysia yang sepatutnya menzahirkan rasa kekecewaan berhubung 'kegagalan' dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu dan bukannya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, kegagalan membendung penipuan dalam pilihan raya lalu telah menjejaskan "mood" rakyat.
"Kalau nak membangkitkan isu kecewa, kamilah paling kecewa kerana kami merupakan pengguna ataupun pelanggan yang menerima bahana dan akibat daripada sebarang kejayaan ataupun kegagalan dakwat kekal.
"Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwat tersebut akan kekal sekitar lima hingga tujuh hari namun ia tidak berlaku.
"Saya fikir ia tidak cukup dengan kekecewaan haruslah melihat kepada peletakkan jawatan utama dalam SPR," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini yang melahirkan kekecewaannya susulan kegagalan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihanraya Umum Ke-13 menyebabkan badan bebas itu dikecam pelbagai pihak.
Dalam pada itu, beliau mendakwa, penjelasan yang dilakukan SPR terhadap laporan polis oleh seorang isteri anggota keselamatan yang berpangkat mejar di Lumut, Perak pada 3 Mei lalu tidak memadai."Dua hari sebelum pilihan raya, kami sendiri telah berjumpa Timbalan Setiausaha SPR mendapatkan penjelasan tentang penggunaan dan kelemahan ketara yang dibangkitkan menerusi laporan polis yang dibuat oleh isteri-isteri anggota tentera termasuk seorang mejar di Lumut, Perak.
"Kita sekarang ini harus meniliti proses dan audit menerusi tindakan mahkamah yang bakal diambil tentang isu penggunaan dakwat kekal.
"Justeru kita mahukan ketelusan yang benar-benar menunjukkan kepada rakyat SPR itu boleh melakukan sesuatu khusus dengan tuntutan sebesar itu, tuntutan dakwat kekal dilakukan dengan penuh suci hati dan sebaik mungkin," dakwanya kepada media. #sumber
Nurul Izzah: Bukannya Isu Besar Anwar Ke Indonesia
PETALING JAYA – Kunjungan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara seberang untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) baru-baru ini bukanlah satu isu yang besar.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, pertemuan Anwar bersama kedua-dua pemimpin serantau itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan negara Asia lain.
"Saya tidak fikir ada masalah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada juga hubungan baik dengan Indonesia dan mana-mana negara serantau.
"Yang penting, kita menghormati prinsip demokrasi dalam negara dan apa yang perlu Najib lalukan ialah memperbaiki kelemahan terhadap dakwaan berhubung pilihan raya lalu," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Semalam, media Indonesia, VIVAnews melaporkan Anwar membuat pengakuan bertemu kedua-dua pemimpin itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia.
Anwar dilaporkan telah bertemu dengan SBY dua hari lalu di Bali manakala Jusuf Kala (JK) dalam pertemuan berasingan. #sumber
Panas: Khairy Jamaluddin "Patah Hati" Dengan FAM !!
PUTRAJAYA - Kemelut terbaru yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (foto) yang ternyata "patah hati" dengan badan induk bola sepak negara itu.
Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.
"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini hari ini.
"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya.
Khairy, bagaimanapun berkata FAM sepatutnya mendengar pendapat ramai, khususnya peminat bola sepak tempatan.
Baru-baru ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mempersoal FAM mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.
Beliau berkata FAM sepatutnya menyalurkan wang berkenaan bagi membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan.
Namun, sehingga kini, FAM ambil pendekatan berdiam diri dan enggan jawab persoalan itu. #sumber
ROS Minta DAP Kemuka Bukti Berlaku Silap Kira Undi
KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang didakwa berlaku semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Disember lalu.
Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman (foto) berkata ia adalah untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab 'computer glitch' atau satu penyelewengan.
"Pihak ROS sedang menjalankan siasatan dan salah satu isu utama yang masih disiasat ialah mengenai undi yang diperoleh calon yang bertanding," katanya menerusi satu kenyataan, Isnin.
DAP sebelum ini dilaporkan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan CEC parti itu pada Disember lepas dan ia dikaitkan dengan kesilapan teknikal.
Abdul Rahman dalam pada itu berkata ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum tentang kemajuan proses siasatan ROS terhadap parti itu untuk mengelakkan manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang jelas telah dimanipulasi.
"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak beretika.
"ROS perlu menjalankan siasatan dengan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang manipulasi fakta," kata beliau di pejabatnya hari ini. #sumber
Norza Di Lepaskan Daripada Tindakan Disiplin UMNO !
LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria (foto), yang dibebaskan mahkamah daripada tuduhan rasuah berkaitan pemilihan UMNO pada 2009, telah dilepaskan daripada tindakan disiplin
UMNO .
Mohamad Norza berkata beliau dimaklumkan mengenai pelepasannya daripada tindakan disiplin parti pada 29 Mei lepas melalui sepucuk surat yang diterima daripada Ibu Pejabat
UMNO pada 12 Jun.
Dengan pelepasan daripada hukuman, hak kelayakannya sebagai ahli parti untuk memilih, dipilih dan dilantik bagi sebarang jawatan dalam parti itu kini dikembalikan kepadanya.
Tindakan disiplin dikuatkuasakan kepadanya pada 13 Mac 2009, hari yang sama beliau menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang atas dua tuduhan rasuah melibatkan RM3,400 untuk memenangi jawatan pada pemilihan
UMNO. Bagaimanapun pada 17 Jun 2010, Mahkamah Sesyen di Temerloh melepas dan membebaskan beliau daripada tuduhan rasuah selepas saksi-saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.
Dalam sidang media di sini, pada Isnin Mohamad Norza meluahkan kesyukuran atas keputusan itu dan menganggap musibah yang menimpa dirinya itu sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu tindakan dalam dunia politik.
"Hari ini doa saya untuk lihat penutupan pada episod hitam dalam hidup saya telah berakhir dan hari ini membuktikan saya tidak bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO dan tidak terlibat dalam politik wang," katanya.
Mengulas mengenai perancangan beliau dalam pemilihan parti tahun ini berikutan pelepasan itu, Mohamad Norza berkata beliau masih belum lagi mempunyai perancangan khususnya setakat ini. #sumber
Kuota Haji Malaysia Pada Tahun Ini Di Kurangkan 20%
KUALA LUMPUR - Bakal jemaah haji yang telah menyelesaikan urusan pendaftaran pengesahan dan persetujuan tawaran menunaikan haji bagi musim 1434H, tidak terjejas meskipun kuota jemaah haji Malaysia berkurangan sebanyak 20 peratus pada tahun ini.
"Tawaran tidak akan ditarik balik. Bakal jemaah haji itu disaran meneruskan persiapan menunaikan ibadah haji seperti biasa," demikian menurut Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan, Isnin.
TH juga menyarankan bakal jemaah yang terpilih namun belum memberikan jawapan, agar berbuat demikian dengan segera.
"Bakal jemaah haji berkenaan akan dimaklumkan mengenai status mereka melalui surat panggilan kursus intensif haji yang sedang dan akan dijalankan," menurut kenyataan itu.
Menurut TH, bagi yang menghantar surat rayuan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, jika mereka tidak menerima apa-apa maklumat lanjut sehingga akhir Ramadan 1434H, ia bermakna rayuan mereka gagal.
Pengurangan kuota jemaah haji itu adalah berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.
TH berharap orang ramai, terutama bakal jemaah haji, dapat menerima keputusan itu serta memahami keadaan kerana pengurangan kuota adalah bersifat sementara, yang dijangka berkuat kuasa dalam tempoh dua atau tiga tahun.
"Apabila projek mega ini siap, ia mampu menampung jemaah yang lebih ramai dari seluruh dunia dan menjamin keselesaan ketika menunaikan ibadah rukun kelima Islam itu," menurut TH.
Untuk maklumat lanjut, bakal jemaah disaran melayari laman web rasmi Lembaga Tabung Haji atau talian 03-62071919. #sumber
Panas, Rossa Buka Hijab Kerana Masih Belum Sedia !!
Selepas pulang daripada mengerjakan ibdah Haji pada tahun lalu, penyanyi popular Indonesia, Rossa telah pun kekal berhijab penuh selama dua bulan. Namun selepas itu, dia kembali kepada imej terdahulunya dan membuka hijab.
Rossa yang ditemui berkata dia membuat keputusan begitu kerana dia akui masih belum bersedia untuk kekal dengan imej tersebut selain masih terikat dengan beberapa kontrak kerjanya sebagai penyanyi.
"Apa yang pastinya, buat masa ini saya belum boleh mengenakan hijab, namun mudah-mudahan saya akan kembali berhijab kekal. Masih ada banyak kontrak-kontrak kerja saya yang belum selesai yang saya rasa belum boleh menuntut saya untuk berimej berhijab.
"Dari segi pakaian, sudah masanya saya cuba untuk berpakaian lebih sopan dan menutup aurat biarpun tidak bertudung," katanya. Sebenarnya, apa yang berlaku kepada Rossa ini banyak juga diamalkan oleh artis tempatan. Mereka pakai tudung kerana ikup skrip dan sebagainya. Malah mereka menganggap pakai tudung hanyalah trend semata-mata. Apa yang disaksikan ini melambangkan inilah dia fenomena artis akhir zaman. Maka itu, jangan biarkan dunia hiburan merosakkan diri anda !.
Cabaran Kayuhan Jamboree Ayam Kampung Di Maran
MARAN - Kayuhan Jamboree Ayam Kampung pada 7 Julai ini dijangka disertai 250 peminat sukan basikal lasak khususnya dari negeri ini.
Pengerusi Kelab Berbasikal Maran (MCC), Azhar Abu Bakar berkata, aktiviti itu adalah kesinambungan program Maran40 2012 dan Maran80 2013 yang dikendalikan MCC.
Menurutnya, walaupun kali pertama menganjurkan program basikal lasak, namun kelab itu mempunyai tenaga kerja berpengalaman dan aktif dalam aktiviti itu.
“Peserta bakal berbasikal dengan laluan mencabar di kawasan hutan berdekatan ladang kelapa sawit dan kebun getah berbukit serta berlumpur.
“Antara kategori ditawarkan adalah Super Junior, Junior, Junior Elit, Terbuka Lelaki, Master, Veteran dan Wanita untuk jarak sejauh 40 kilometer.
“Pendaftaran yang dibuka sejak sebulan lalu mendapat penyertaan memberangsangkan dan masih dibuka untuk semua peminat sukan berbasikal,” katanya.
Program bertujuan menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti riadah sihat melalui berbasikal selain eratkan hubungan dengan berkongsi minat yang sama.
Menurutnya, ia secara tidak langsung mampu menarik kehadiran pengunjung luar ke bandar ini dengan membawa jolokan Maran Bandar Ayam Kampung sebagai satu produk pelancongan.
“Kami mahu peminat berbasikal kenal dan rasai cabaran berbasikal di sini serta kembali sertai acara seterusnya,” kata beliau lagi. #sumber
Diskaun 25% Kupon Letak Kereta MPK Tamat 30 Jun !
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menamatkan diskaun 25% jualan kupon jam letak kereta pada 30 Jun 2013 ini. Harga kupon jam letak kereta itu telah dimulakan pada 1 Jun 2006 iaitu RM0.45 Sekeping atau RM4.50 Satu Buku. Harga jualan kupon jam letak kereta akan dijual dengan harga asal iaitu RM0.60 Sekeping atau RM6.00 Satu Buku berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013 sepertimana terkandung dalam Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kuantan) 2005. Orang ramai diharap dapat menyebarkan maklumat dan info ini demi kepentingan warga Kuantan secara keseluruhannya. #sumber
Empower Bantu Lonjak Sektor Pendidikan Temerloh !
TEMERLOH - Program pendidikan Empower yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membantu melonjakkan daerah ini menjadi sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Penolong Pegawai Daerah Temerloh, Mohd. Zarul Afifi Mohd. Zaki berkata, kewujudan program berkenaan telah membantu para guru dan Pejabat Pendidikan daerah untuk muncul cemerlang di peringkat daerah, negeri serta kebangsaan. Menurutnya, perkara itu dibuktikan melalui kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di sini menerima anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kategori tiga iaitu menunjukkan peningkatan gred purata sekolah (GPS) melebihi 10 peratus dalam SPM tahun lalu. "Secara tidak langsung Program Pendidikan Empower ECERDC membantu melonjakkan nama daerah ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan berharap pencapaian itu dapat diteruskan pada masa akan datang."Kita berharap Empower Temerloh dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan walaupun mereka adalah pelajar sekolah harian," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Rise & Shine yang dikendalikan pakar motivasi, Datuk Mohd. Fadilah Kamsah di SMK Seri Semantan di sini kelmarin. Program berkenaan disertai 500 pelajar dari SMK Mentakab, SMK Seberang Temerloh, SMK Lanchang dan sekolah itu sendiri yang bakal duduki PMR dan SPM pada tahun ini. #sumber
Kerajaan Di Gesa Terus Projek Jalan Jerantut-Benta !
JERANTUT - Kerajaan diminta meneruskan projek pembinaan Jalan Jerantut-Benta di sini yang terbengkalai bagi memastikan pengguna jalan raya mendapat kemudahan selesa.
Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris (foto) berkata, pengguna jalan tersebut kini berdepan risiko kemalangan ekoran keadaan jambatan sedia ada di kawasan itu bukan sahaja sempit malah tidak lagi selamat digunakan.
"Kita harap supaya pihak berkenaan dapat melaksanakan semula pembinaan jalan yang terbengkalai itu kerana keadaan jalan lama tersebut tidak lagi selamat digunakan dan boleh mengundang musibah pada bila-bila masa sahaja.
"Di sini juga terdapat projek pembinaan jambatan yang lebih besar, kukuh dan mampu memberi keselamatan kepada pengguna namun turut terbengkalai," katanya kepada pemberita semasa membuat tinjauan laluan tersebut berhampiran Sungai Par di sini baru-baru ini.
Ahmad Nazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mengatakan kawasan berkenaan terlalu bahaya kerana menjadi laluan kenderaan berat.
"Kami telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan jalan di kawasan ini pada waktu siang serta malam dan ternyata aduan daripada orang ramai adalah benar serta sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya," ujarnya.
Beliau berkata, jarak selisih antara dua kenderaan dari kedua-dua arah sangat sempit dan situasi ini berbahaya kepada orang ramai.
Tambahnya, keadaan Jalan Jerantut-Benta berhampiran Jambatan Sungai Par mempunyai selekoh tajam selain keadaan jambatan sedia ada yang sudah mengalami hakisan.
"Ini perkara serius kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan jika projek yang terbengkalai itu kembali dilaksanakan sudah pasti orang ramai akan berasa lega dan tidak perlu bimbang lagi untuk melalui jalan itu," katanya. Harap kerajaan lakukan tindakan segera mengatasi masalah ini.#sumber
"Otak Jenazah" Pelajar Tahfiz "Segar" Seperti Hidup !
Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.
Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah pelajar yang terakhir keluar untuk selamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya. Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah. “Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. Rahmat ALLAH buat mereka yang gemar mengHAFAZ AL QURAN. #sumber
Pengerusi SPR Sendiri Akui Kecewa Isu Dakwat Kekal
Ramai pihak kini terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusoff bahawa beliau sendiri kecewa dengan kegagalan perlaksanaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu. Kenyataan yang disiarakan di muka hadapan akhbar Sinar Harian itu seolah-olah mengesahkan apa yang digambarkan oleh orang ramai selama ini bahawa penggunaan dakwat kekal penuh dengan penyelewengan dan tipu muslihat sebenarnya. Mungkin Aziz sebagai Pengerusi SPR tidak tahu, dan belian terpaksa menjawab dan mempertahankan isu tersebut. Namun, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Isu dakwa kekal kini menjadi buah mulut apabila ia tidak kekal seperti yang dilaporkan. Malah, ada sesetengah pihak dakwat telah hilang dijari mereka dalam beberapa jam selepas proses pengundian. Sebelum ini pihak SPR terpaksa mendakwa dakwat perlu digoncang (tapi tidak dimaklumkan berapa kali perlu digoncang dalam satu-satu masa), kemudian mengatakan penggunaan dakwat boleh mendatangkan kesan kesihatan tapi ia dinafikan oleh Kementerian Kesihatan dan kini akhirnya beliau sendiri pula yang kecewa. Soalnya, apakah rakyat harus menerima proses pilihanraya itu secara telus dan adil sedangkan Pengerusi SPR sendiri akhirnya meluahkan kekecewaan beliau?. Maka itulah, tidak menjadi kesalahan besar kepada rakyat yang mahu bangkit untuk berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi mengadakan protes aman isu itu. PDO
Anwar: Kecurangan PRU Perlu Selesai Secara Serius !
JAKARTA - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. “Selesaikan soal Pemilu (PRU) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta semalam.
Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR tidak diselesaikan.
“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.
“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini. Beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo kelmarin.
Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdeka apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.
“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya. Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Najib yang turut berada di Jakarta.
“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya. Anwar dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Indonesia itu bagi memenuhi undangan serta pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan juga Jakarta. #sumber
Orang Asli Pos Betau Gembira Kerajaan Tunai Janji !!
ADUN Beserah "Rela Baiki Sendiri" Jalan Berlubang !!
KUANTAN - Selepas aduan yang dibuat tak diendahkan pihak berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu mengambil inisiatif membaiki sendiri jalan berlubang di Jalan Air Putih 2, di sini.
Keadaan jalan berlubang sejak enam bulan lalu membahayakan pengguna jalan raya di situ.
Andansura berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada penduduk dan pengguna jalan raya di situ berhubung jalan tersebut.
Menurutnya, beberapa tindakan susulan dibuat kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) namun tidak mendapat maklum balas yang memuaskan.
“Justeru, saya fikir elok jalan ini dibaiki untuk jangka masa pendek sebelum pihak bertanggungjawab tampil membaiki jalan yang rosak ini.
“Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya lubang dapat ditutup. “Keadaan jalan menjadi semakin teruk dan bahaya kepada pengguna kerana lubang yang dalam,” katanya ketika ditemui di sini.
Andansura berkata, dengan kos RM300, pihaknya membeli peralatan seperti batu, pasir dan simen untuk menutup jalan berlubang itu.
Jalan yang menjadi tempat pusingan U itu berlubang teruk menyebabkan pengguna yang melalui jalan itu terpaksa lebih berhati-hati kerana bimbang berlaku kerosakan pada kenderaan.
Bagi Soo Ah Beng, 62, dia sering gunakan jalan itu untuk ke kedai makan berdekatan.
“Ada dua lubang yang dalam, kalau kita lalu sini, kita kena hati-hati, bimbang kereta rosak,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin. #sumber
Mesej Kasar, Pelanggan Kecewa Sikap Pekerja Bank !!
KUANTAN - Seorang kontraktor berusia 33 tahun terkejut menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) dari kakitangan sebuah bank 12 Jun lalu yang disifatkan sebagai kasar dan memalukan.
SMS yang memintanya melangsaikan tunggakan pinjaman rumahnya itu dihantar pada jam 4.38 petang selepas beliau dan isteri tidak membalas beberapa SMS wanita itu sebelum ini.
SMS yang berbunyi ‘En Amir payment rumah memang tak leh bayar ke? Elok cam ni la, en bg semula kunci rumah tu pada Bank@ doakan semoga peminjam itu mati, sebab Bank leh cover insurans dari hidup menyusahkan BANK kan, tq’ itu melambangkan kakitangan berkenaan tidak profesional dalam tugasnya.
Kontraktor terbabit yang hanya mahu dikenal sebagai Amir berkata, sebagai pelanggan, beliau kecewa dengan tindakan kakitangan bank itu.
Katanya, wanita itu sudah berkali-kali menghantar SMS sinis yang memalukan sekali gus menunjukkan kakitangan bank terbabit tidak profesional.
“Saya rasa tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai bank itu kerana sepatutnya beliau lebih rasional menangani perkara itu,” katanya.
Bagi mengelakkan sebarang masalah, Amir sebelum ini pernah memaklumkan kakitangan bank tersebut supaya mengikut prosedur yang betul jika mahu mengenakan tindakan undang-undang ke atasnya.
Amir mengakui, bayaran rumahnya yang tidak diduduki di Kampung Pandan tertunggak selama enam bulan membabitkan lebih RM8,000.
“Jika pihak bank mahu menyita rumah saya, pegawai itu boleh mengikut prosedur yang betul dan tidak menghantar SMS kasar seperti itu.
“Saya tidak kisah jika panggilan itu mengingatkan saya untuk membayar pinjaman rumah yang dibeli empat tahun lalu tetapi doa kematian itu amat mengecewakan,” katanya.
Tidak berpuas hati tindakan kakitangan bank itu, Amir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. #sumber
Tiga Pelajar UiTM Maut, Seorang Cedera Kemalangan
SHAH ALAM - Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, dekat sini Ahad.
Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Trafik Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang merupakan penumpang di bahagian hadapan hanya cedera ringan.
"Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.
"Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang," katanya.
Ruslan berkata ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.
"Berikutan kejadian itu, kesemua mangsa tersepit dalam kereta dan kita (polis) terpaksa meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk mengeluarkan mangsa.
"Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan...sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu atau berpunca dari (kerosakan) kenderaan tersebut," katanya. Berhati-hatilah di jalanraya!. #sumber
Sukan: Lee Chong Wei Juara Terbuka Indonesia 2013
Seperti diramal, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah menjulang gelaran kelima Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-15, 21-14 di final, petang tadi.
Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia kelihatan tenang apabila mudah mengenepikan cabaran daripada perseorangan pertama Jerman itu pada kedua-dua set dalam tempoh 39 minit.
Ini adalah kejuaraan kelima Chong Wei selepas menjuarai kejohanan bertaraf Siri Super Premier berkenaan sebanyak empat kali pada 2007, 2009, 2010 dan 2011. PDO ucapkan syabas buat pemain negara itu !!.
Sultan Saran Kerajaan Kelantan, Pusat Bekerjasama !
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (foto) menyarankan supaya Kerajaan PAS Kelantan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.
Titah baginda, antara kemudahan itu ialah pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dan kemudahan bekalan air bersih yang sehingga kini masih gagal diselesai oleh kerajaan negeri.
"Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang lain diteruskan sebagaimana yang telah dirancang," titah baginda ketika sempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di sini hari ini. #sumber
ANAK Mahu "Exco Felda Pahang" Lunaskan Janji PRU !
TEMERLOH - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menghargai pelantikan Exco Hal Ehwal Felda Pahang dari kalangan peneroka sendiri iaitu Datuk Abu Bakar Harun, namun mahukan janji-janji pilihan raya dilunaskan.
Timbalan Presiden Anak, Aris Fezul Ismail (gambar) berkata, pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu warga Felda telah memberikan amanah dan mandat yang besar kepada BN, justeru Abu Bakar wajar membalas balik dengan melunaskan setiap janji.
Tambahnya, ketika kempen PRU lalu telah diletakkan papan tanda aku janji BN di seluruh kawasan Felda iaitu janji untuk membina perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda.
“Masalah perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda memang kritikal bagi yang tidak bertanah sehingga banyak berlaku warga Felda tinggal sebumbung sehingga tiga generasi walau sudah beranak pinak.
“Selain daripada itu peneroka-peneroka Felda juga diselubungi banyak masalah seperti hutang tanam semula yang mencecah ratusan ribu, hak milik, masalah dengan Felda Technoplant, masalah pewarisan tanah mengikut faraid, gadaian, perebutan pesaka dan sebagainya,” ujarnya.
Katanya, timbunan permasalahan yang tidah pernah selesai itulah yang diharap dapat diselesaikan oleh Abu Bakar.
Abu Bakar pada PRU lalu memenangi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini mengalahkan calon PKR, Sitarusinah Ab Kadir dengan majoriti 4,524 undi.
Peneroka Felda Chini 3 itu mengangkat sumpah sebagai Exco minggu lalu setelah menang untuk penggal ketiga sejak PRU 2004.
Inilah kali kedua seorang peneroka dilantik sebagai Exco selepas Dato' Zainal Hasan (ADUN Jengka) 1995. #sumber
Mohd Zubir Di Lantik Yang Dipertua DUN Terengganu!
KUALA TERENGGANU - Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong (foto) dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baharu.
Pengisytiharan pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Azhar mengumumkan perkara itu berdasarkan watikah pelantikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Mohd. Zubir yang merupakan bekas Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kemudian mengangkat sumpah jawatan tersebut pada sidang hari pertama yang dihadiri kesemua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Selepas itu disusuli pula upacara mengangkat sumpah oleh kesemua ADUN yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Ia diikuti 16 wakil rakyat BN sebelum kesemua 15 ADUN daripada parti pembangkang turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Ia merupakan persidangan pertama Sidang DUN Terengganu selepas Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan BN pertahankan pemerintahannya dengan menangi 17 daripada 32 kerusi DUN dan empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu. #sumber
CEO Proton: Harga Kereta Saga SV Baru Lebih Murah !
KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton) semalam melancarkan kereta rakyat baharu, Saga SV 1.3L dengan penurunan harga sebanyak 12 peratus berbanding model sebelum ini tanpa mengurangkan sebarang spesifikasi malah lebih baik.
Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan sebanyak hampir RM5,000 hasil perancangan penstrukturan vendor dan menyokong usaha kerajaan dalam menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat.
Kereta berkenaan dilengkapi kerangka lebih kukuh dengan pengiktirafan tiga bintang daripada ASEAN NCAP, stereng elektrik, empat tingkap elektrik, dua beg udara, cermin sisi dengan lampu LED, tali pinggang keledar dengan sistem pratekanan, ciri-ciri keselamatan kanak-kanak dan kunci immobiliser.
Pengguna boleh memiliki kereta rakyat itu dengan ansuran bulanan serendah RM250 dengan sasaran penghantaran sebelum musim perayaan jika membuat tempahan awal bermula hari ini.
Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil (foto) berkata, pelancaran kereta mampu milik itu merupakan langkah berterusan syarikat kereta nasional tersebut menawarkan kereta berbaloi tanpa berkompromi dalam aspek kualitinya. #sumber
Menteri KPDNKK: Jangan Naik Tambang Sesuka Hati !!
SUNGAI SIPUT - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) diingatkan supaya tidak membuat keputusan sendiri menaikkan harga tambang sesuka hati sehingga 30 peratus tanpa memikirkan kebajikan pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menegaskan, PMBOA tidak seharusnya memberi alasan kenaikan kos semata-mata kerana kerajaan selama ini banyak membantu mereka dalam mengurangkan beban operasi.
Sehubungan itu, beliau meminta persatuan tersebut mengkaji semula cadangan menaikkan harga tambang yang disifatkan amat mendadak terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Semua syarikat pengangkutan, kata beliau, perlu sedar pengguna juga mempunyai hak dan boleh memboikot perkhidmatan awam sehingga memberi kesan buruk kepada pengusaha bas.
"Saya lihat banyak pihak terutamanya rakyat membantah kenaikan sehingga 30 peratus. Kita minta mereka kaji semula, saya fikir adalah lebih baik jika kadar tambang sedia ada dikekalkan," katanya selepas berakhir majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan Ke-49 Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad di sini hari ini. #sumber
Pusat Janji "Terus Beri Kerjasama" Kepada Kelantan !
MB Selangor: Keluarga N.Dharmendran Perlu Bantuan
KUALA LUMPUR - Keluarga mangsa yang mati dalam tahanan, N Dhamendran memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan selepas kematian pencari nafkah tunggal keluarga tersebut, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Khalid, yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak, melawat keluarga Dhamendran di flat mereka di Bandar Tun Razak hari ini, tetapi tidak menyatakan secara khusus bentuk bantuan yang beliau atau partinya akan sumbangkan kepada keluarga terbabit.
Katanya, beliau tidak mahu bercakap tentang bantuan tertentu, tetapi menjelaskan bahawa pendidikan kanak-kanak terbabit mesti diberi perhatian.Di samping itu, katanya, keluarga tersebut juga hanya menyewa di situ, dan oleh itu mereka memerlukan pendapatan untuk meneruskan kehidupan.Khalid berkata, beliau mengunjungi keluarga keluarga
Dhamendran kerana mereka tinggal di kawasan pilihan rayanya, dan juga untuk mengetahui perkembangan terkini kes itu.
Isteri Dhamendran - M Mary (kanan) berkata beliau mungkin perlu bekerja untuk menampung keluarganya, tetapi berkata anaknya yang berusia dua tahun tidak akan tinggal dengan mana-mana saudara-maranya.
"Kami perlukan pendapatan. Saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Suami saya menjaga segala-galanya, termasuk sewa flat," katanya lagi. #sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)













































