Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


December 27, 2011

Protes Saman Parking, MPK Perlu Fahami Apakah Isu Yang Di Pertikaikan Oleh Rakyat Sebenarnya !

KUANTAN, 27 Dis - Tinggal empat hari sahaja lagi himpunan Protes Rakyat Bantah Saman Parking MPK, nampaknya sokongan yang dibuat oleh sebahagian warga Kuantan menerusi kaji selidik yang dibuat di blog ini semakin meningkat. Berdasarkan statitik terbaru daripada 199 yang mengundi (8.44 pagi) ternyata 81% (161) menyokong dan mahu hadir pada himpunan itu nanti. Hanya 7% (14) membantah dan 12% (24) lagi tidak ada apa-apa masalah dengan program itu nanti. Dengan statistik online yang dibuat ini, secara jelas majoriti rakyat sebenarnya membantah sistem yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) beberapa tahun yang lalu itu. Difahamkan, Pengerusi Penganjur, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK (Blogger Cucumatkilau) protes itu telah dipanggil oleh pihak polis Jumaat lalu, namun beliau gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana masih lagi berada di luar kawasan pada masa ini. Apapu, menerusi facebooknya, beliau secara jelas mengajak rakyat Kuantan terus bangkit mempertahankan hak mereka. Katanya, rakyat tidak harus sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka dijadikan "alat" untuk melempiaskan "hawa nafsu" pihak-pihak tertentu. "Bukan kita mahu protes soal saman parking, tapi isunya ialah sistem dan sikap pegawai MPK (Penguatkuasa) yang keterlaluan dan berlagak sombong dengan orang awam. Malah ada yang bertindak keterlaluan tanpa budi bicara dan timbang rasa. Inilah yang menyebabkan rakyat bangkit membantah dan tidak mahu situasi begini berterusan. Tambahan pula pada tahun 2012 ini nanti, Sukan Malaysia (SUKMA) dijadualkan berlangsung di Kuantan. Jika senario ini tidak diubah maka lebih ramai mangsa akan teraniaya nanti", kata Shukri. "Saya mengajak semua rakyat (warga Kuantan) atau sekitarnya yang teraniya dek tindakan ini agatr dapat hadir beramai-ramai pada hari itu nanti. Kita mahu nyatakan bantahan secara aman dan saya sendiri akan menghantar memorandum kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada hari itu nanti bagi mewakili NGO Suara Keadilan Rakyat (People's Justice Voice. Mereka tidak perlu takut dan risau, jika tidak mahu terus teraniaya. Sila bawa bersama semua resit saman parking yang pernah diterima selama ini untuk kita kumpulkan dan serahkan semula kepada MPK. Ingat, pilihanraya semakin hampir ... jika ini keadaannya maka jangan salahkan rakyat jika mereka tolak kerajaan pada PRU-13 itu nanti", tambahnya.


Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan

Sebenarnya, masih ramai rakyat dan pihak MPK sendiri yang tidak faham kenapa protes ini diadakan. Apa yang dipersoalkan oleh rakyat bukanlah mereka tidak mahu bayar saman dan tidak mahu ikut undang-undang yang telah ditetapkan. Tetapi mereka mahukan satu situasi yang adil dan selesa. "Kita mahu sistem itu ditukar. Sistem kupon (gores) sekarang ini menguntungkan MPK. Sebab, kita terpaksa gores satu jam walau pun atas urusan 10-15 minit. Jika kita ada urusan lain mungkin tiada masalah, tapi jika kita memang tiada urusan.. bukankah MPK sudah dapat duit kita dulu. Malah, jika kita gores sekali pun untuk masa sejam terkadang kita terlewat atau sibuk dengan urusan dan terlupa untuk menambah kupon baru. Akhirnya resit saman akan tertera di cermin kereta kita. Bayangkan, jika keadaan sesak ketika itu dan parkir yang disediakan pula tidak mencukupi. Akhirnya kita akan berhadapan dengan situasi tersebut. Jika dulu, sistem resit kuning digunakan jika kita letak kereta berapa jam sekali pun kita akan berada dalam situasi win-win situation di mana MPK akan letakkan jumlah resit berdasarkan jumlah jam kita berada di situ. Ini lebih adil daripada sistem sekarang. Inilah yang kita mahu ubah, kerana ramai yang tidak tahan apabila hari-hari di saman. Malah ada yang sampai disaman dua tiga kali oleh MPK pada hari yang sama. Inilah yang mengecewakan kita", kata beliau.


Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu


Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)

Antara perkara lain yang dipersoalkan ialah sikap tidak bertimbangrasa Pegawai Penguatkuasa MPK sendiri, tindakan memberi lesen kepada Attendan Parking menyaman, memberi komisyen kepada kepada pegawai yang menyaman, menyaman diluar waktu puncak dan pada hari cuti (Ahad), menyaman kenderaan yang diletakkan di kawasan perumahan, menyaman pada awal pagi antara jam 2.00 hingga 4.00 pagi, membuat operasi saman pada hari peristiwa (Jom Heboh TV3, Expo & Karnival, Malam Raya, Hari Kemerdekaan) dan sebagainya, menyaman berkali-kali pada hari yang sama, penyediaan parkir yang tidak mencukupi dan banyak lagi. Inilah isu yang sebenarnya dipertikaikan oleh rakyat. Bukan isu mereka tidak mahu bayar saman. Jika MPK boleh batalkan tindakan "kunci tayar" hanya selepas mendapat aduan daripada orang awam (politik) yang turut bermasalah dengan tindakan tersebut, maka MPK sepatutnya memikirkan juga rakyat biasa yang lain. Kita tidak kisah MPK buat operasi pada waktu pejabat (puncak) antaran jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang seperti dalam peruntukan mereka. Tetapi bila selepas waktu puncak, antara pukul 6.00 hingga 9.00 malam itulah waktu "timbang rasa" dimana mereka perlu tengok situasi kenderaan. Apakah ia menghalang lalu lintas atau sebagainya. Begitu juga selepas jam 9.00 malam hingga ke pagi, sepatutnya waktu itu ada "budi bicara" digunakan. Takkanlah rakyat yang mahu menunggu anak balik, di Terminal Bas (Makmur) yang berhenti sekitar 15 minit pun mahu di saman?. Sepatutnya berbudi bicaralah di tempat yang sepatutnya. Jangan gunakan kuasa untuk menekan rakyat.

Antara perkara yang dipersoalkan oleh rakyat ialah:-

  1. Penyediaan parkir awam yang tidak mencukupi (bandar)
  2. Menyaman hari Ahad & Cuti Umum (Raya, Kemerdekaan dll)
  3. Menyaman kenderaan di dalam kawasan perumahan
  4. Menyaman luar waktu antara jam 2.00 hingga 4.00 pagi
  5. Menyaman pada Hari peristiwa (Jom Heboh, Expo & Karnival)
  6. Menyaman kenderaan berkali-kali pada hari yang sama
  7. Menyaman di kawasan sekitar IPTA / IPTS (Shahputra dll)
  8. Menyaman waktu solat termasuk Jumaat (Masjid Negeri)
  9. Menyaman di kawasan Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA)
  10. Menyaman kenderaan yang sudah bayar parking bulanan
PERHATIAN SILA BAWA BERSAMA SEMUA RESIT-RESIT SAMAN
UNTUK DIKUMPULKAN PADA HARI PERHIMPUNAN ITU NANTI
[Malah, MPK difahamkan menjadikan sumber pendapatan daripada saman-saman terbabit sebagai satu strategi mengisi dana kewangan mereka setiap tahun. Inilah yang menyebabkan setiap pegawai mereka terpaksa bekerja siang malam untuk mencapai target peribadi harian dan bulanan serta tahuan MPK itu sendiri. Akibatnya mereka rela bekerja walau pun pada hari cuti am dan cuti umum bagi mengejar target terbabit. Jika isu ini tidak diselesaikan, kita khuatir MPK akan bermaharajela pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan pada bulan Julai 2012 nanti. Jika itu keadaannya, maka rakyat berhak bangkit dan protes isu ini sekarang. Jika tidak lebih ramai rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa MPK nanti. Tindakan MPK menjadi saman parking sebagai salah satu dana untuk mengisi kantung kewangan tahunan mereka jelas sekali satu tindakan biadap sebenarnya. Mereka tidak sewajarnya menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan mengerah dan membuka begitu banyak jawatan kosong bagi Penguatkuasa untuk tujuan tersebut. Patutlah pegawai-pegawai mereka juga bersikap sombong dan tidak boleh berbudi bahasa atau bertimbang rasa ketika menjalankan tugas. Mungkin kerana masing-masing sudah dilatih supaya tidak bersikap lembut dengan rakyat, walhal di atas satu kesalahan yang "tidak wajar dikenakan tindakan saman" sebenarnya].

20 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Belajarlah mematuhi undang-undang.Rasuah berlaku kerana ramai rakyat yg tidak patuh pada undang-undang.Tidak ada pemandu yg di tahan oleh pihak polis jika mereka mematuhi undang-undang jadi rasuah jalan raya tidak akan berlaku.Begitu juga lah dalam masalah lain.

Kerana kita telalu banyak menuding jari pada orang lain,maka kita lupa banyak masalah adalah berpunca dari kita sendiri.

Anonymous said...

Tak mahu bayar parking dan tak mahu kena saman bila melakukan kesalahan,jangan pakai kereta.Mudah je.

Kalau Pakatan memerentah,hancur Malaysia.Undang-undang dan peraturan perlu di hapuskan atau di pinda mengikut suka hati meeka.Undang-undang pertama yg akan di ubah suai atau di tidakan ialah undang-undang berkaitan dgn jenayah sex(sodomi).

Anonymous said...

Anon 11.47. Please tlg jangan menunjukkan kebodohon lu. Tak faham ke atau tak baca? Pengurusan ekonomi negeri Pakatan lebih baik lagi dari negeri umno lah. moga tuhan sedarkan lu walau hampir mata akan tertutup rapattt.

Anonymous said...

Mana lu tahu pengurusan ekonomi PR lebih baik. Lu pun kena klentong jugak

Anonymous said...

Tak heranlah Mat Shukri tu cucu matkilau.

Anonymous said...

Bukan stakat protes saman je. Patut protes jugak kebanjiran kedai-kedai warga asing sekali. Mcm manalah mek siam boleh bukak restoran kat sini. Bukan tu je. La ni mat indon ngan mat bangla pun dah pandai bukak kedai. Tak caya pegilah kat pasar tu. Berlambak kedai jamu mat indon ngan kedai runcit mat bangla. Diaorang la ni dah kaya raya. Mcm manalah MPK boleh keluar lesen kat diaorabg ni.

Anonymous said...

Bukan stakat protes saman je. Patut protes jugak kebanjiran kedai-kedai warga asing sekali. Mcm manalah mek siam boleh bukak restoran kat sini. Bukan tu je. La ni mat indon ngan mat bangla pun dah pandai bukak kedai. Tak caya pegilah kat pasar tu. Berlambak kedai jamu mat indon ngan kedai runcit mat bangla. Diaorang la ni dah kaya raya. Mcm manalah MPK boleh keluar lesen kat diaorang ni.

Anonymous said...

setuju dengan tindakan yang akan di buat.Cuba semak ` staf dia kena saman ke? kalau saman pun boleh.... hehehehh faham ke. Dont let the rakyat go to the extreem

Anonymous said...

Sebenarnya pelaksanaan undang-undang parkir tu dah baik untuk semua pengguna kenderaan dalam memastikan kepuasan hati. Cuba bayangkan jika tiada saman dari pihak berwajib sudah semestinya pengguna akan meletak kenderaan sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan pihak lain cotohnya; letak luar kotak atau antara dua kotak / halang laluan kenderaan /. Cuma apa yang saya lihat pihak berwajib perlu menambah baik atau memperincikan dari segi kadar saman/ waktu saman agar ia sesuai dengan keadaan semasa serta pada masa yang sama ada unsur ketolenrasian dalam pelaksanaannya.

Anonymous said...

Oiiii pukimakkkkkk haram jadah mak bapak kau haram.... Kan dah tulis tujuannya , nak mengubah sistem dan mendapat budibicara sebelum saman , bukan kita tak nak bayar saman dah salah mesti saman babi punya pencacai UMNO PORNO, xde kaitan dengan pembangkang dan kerajaan, kan dah tulis NGO... Pukimakkkkkkk punya sapa yg komen tak ikut topik maak kau xajar ke... Keturunan haram....

Anonymous said...

KALAU RASUAH kerana tidak ada undang undang macam mana pula di Saudi Arabia negara kaya dengan minyak no MPK kat sana saman pun tiada masih kaya negara itu jadi jangan sokong kerajaan yang sokong parking

Anonymous said...

kenapa la manusia nie mudah lupe....kalo dh wt salah 2 terima jela hukuman...kalo x n kene saman bawak basikal k..jgn pikir bler xde sistem parking korg blh hdp senang lenang k...tah2 hdp korg mkin huru hara....letak kereta lingtang pukang..ada yg n kuar kete x blh bk kene blok..bler dh kene saman bru n beringt..tkt2 nti ada plak yg merayu2 mnangis berlutut kt MPK suruh wujudkan balik parking....org yg sertai demo 2 hrp2 pikir bebanyak dlu jgn menyesal plak n nti....org dh beri kemdhan banyak ceter plak....sebelum menunding jari pada org lain pikir dulu diri kita nie SEMPURNAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sgt keeeeeeeeeeeee??????????????????
pada warga MPK cbe lihat perkara yg disenaraikan dn kaji semula permasalahan yang disenaraikan dan jika perlu cari jalan penyelesaian yg bernas.....semoga berjaya....

Anonymous said...

sabor le wei! jangan mudah melenting, dia orang buat keje je ikut perintah, tapi contohilah PBT lain yang lebih bertimbangrasa ke guane...?

Anonymous said...

Bonus 2 bulan Bohh....huhu,...

Anonymous said...

Kalau semua nak semua free boleh...
Jadi WargaNegara LIBYA...
Itu pun pemimpin nya dikatakan zalim jugak....
Kena bunoh lagi...
Nak buat camna hah....
pikir2 lah sendiri...
Gaji kecik sangat kot, takleh bayar nie...
TOKEY2 tu OK je, RM-LIMA RIAL je.. campak je..

kay said...

Masalah kena sbb parking merata2 tu salah sapa?salah diri sendiri kan..so xkyah lah melalak..klu xda prking depan kedai jalan ah kaki skit..masalahnya malas kan..yg mudah menyalahkan PBT..tu yg senang..tp pada pihak MpK pikirkan jalan bagaimana sistem gores ni ditukar pada sistem yg sama2 mmberi manfaat pd pengguna n MPK..wassalam..berdialog ah dgn berhemah..x perlu jadi mcm org kurang siuman semata2 nk nyatakan pandangan..apa pun x dapat melainkan sakit hati

Anonymous said...

Anon Tuesday, December 27, 2011 11:28:00 AM..... adalah contoh dan tipikal penyokong pakatan terutama PAS dan PKR. Kita boleh nilai apa jenis manusia seperti anon ini.

amo said...

Pahang sudah muflis. hasil negeri byk didibazirkan oleh beberapa golongan tertentu.aku tak boleh sebut sape org tu kat sini.so, cara nk top up dana negeri..caranya dgn saman org awam.

aku tgk pd komen2 kat atas tu ada jgk segelintir mangkuk yg jelas berstuju dgn tindakn MPK yg "berhobikan" suka menyaman tak bertempat.

aku rasa mangkuk2 ni sume tak biasa dok kuantan sbb tu dia cakap mcm tak berpijak di bumi yg nyata je.

aku dok kuantan ni dari kecik smpai skrg (30 tahun). aku dh masak dgn kejahatan penguatkuasa MPK yg pd aku bertindk kurg cerdik bila mgeluarkn saman.

korang kurang ada kat bndr ni kot sbb tu korang kurang faham.

Anonymous said...

MPK DAPAT COLECT DUIT BANYAK, NANTI BUAT LRT/MONOREL, TAK PAYAH DAH BAWAK KERETA NIH...
TAK KENA SAMAN DAH..PERCAYA LAH...
NAIK LRT LAGI BEST, CEPAT, SENANG DAN JIMAT MASA...
MULA2 NIE JE SUSAH SIKIT.
SIAP BANGUNAN BARU NANTI, BARU ADA CLASS SIKIT..
JANGAN MARE !!!!

Anonymous said...

hang keje nie skali laa...tgk sape bodo x bodo kuar kn saman....hang ckp xsupe bikin ah mangkuk ayun anon 9.59am....

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter