Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Kerajaan Di Gesa "Baik Pulih" Jalan Masuk Utama Yang Rosak Dan Tiada Lampu Ke Bandar Kuantan

KUANTAN, 5 Ogos - Kerajaan Negeri Pahang digesa membaik pulih dua jalan masuk utama ke bandar Kuantan dari arah Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ini berikutan dua jalan utama terbabit yang sepatutnya dinaik taraf atau diperbaiki namun sehingga kini masih mendatangkan masalah kepada orang ramai. Jalan berkenaan ialah jalan Kuantan-Gambang dari arah Simpang Jalan Tun Razak (Caltex) hingga ke Batu 12, berhampiran Taman Mahkota Aman. Jalan terbabit ialah pintu masuk utama ke Kuantan dari Plaza Tol Gambang, namun keadaan jalannya amat daif tidak rata dan berlubang di sana sini. Malah lebih teruk lagi dari jalan kampung sebenarnya. Tambah menyedihkan, jalan berkenaan tidak berlampu sedangkan ia adalah pintu masuk utama ke bandar Kuantan terutamanya bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur. Jalan tidak berlampu dan cukup membahayakan orang ramai yang lalu lalang disitu terutamanya pada musim hujan. Satu lagi jalan yang bermasalah itu ialah dari arah Plaza Tol Kuantan (Bukit Goh) bermula dari kawasan Taman Impian Ku hingga ke Indera Mahkota 14. Jalan berkenaan juga merupakan pintu masuk utama ke Kuantan sebenarnya. Namun, bertahun-tahun lamanya jalan itu diperbaiki namun sehingga kini masih gagal disiapkan. Malah, difahamkan kontraktor yang berkenaan juga sudah bertukar sekarang ini. Akibat masalah jalan rosak dan kon-kon yang diletakkan di tengah jalan menimbulkan masalah kepada orang ramai terutamanya pada waktu malam. Senario ini sudah berlaku terlalu lama dan sudah beberapa kali diajukan oleh masyarakat setempat kepada pihak yang berkenaan. Namun, sehingga kini ia masih lagi gagal untuk diatasi.


Plaza Tol Kuantan (kiri) dan Gambang (Kanan) pintu masuk utama dari LPT
soalnya kenapa jalan utama begitu bermasalah serta sungguh memalukan

Bukti, jalan rosak dan tiada lampu jalan walhal ia pintu masuk ke Kuantan
dari arah Gambang. Peliknya kenapakah kerajaan tidak sedar perkara ini?

Bukti, jalan Gambang-Kuantan masih tidak berlampu di kawasan PUSPEN
biar pun ia laluan jalan masuk utama ke bandar Kuantan sebenarnya


Jalan Kuantan Pekan yang tidak banyak kenderaan lalu, dibina begitu canggih
lampu jalan dalam jarak yang dekat-dekat dilihat menghiasasi jalan tersebut

[Soalnya, kenapa kerajaan boleh membiarkan jalan-jalan utama berkenaan sedemikian rupa. Mahu dikatakan tidak cukup peruntukan, sering dilihat Jabatan Kerja Raya (JKR) menurap jalan-jalan di sekitar bandar Kuantan yang masih elok. Jalan elok dibaiki tapi jalan bermasalah dibiarkan. Tambah menyedihkan, ia dibiarkan begitu walau pun ketika ribuan orang datang ke Kuantan ketika Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Aneh benar bila kerajaan menutup mata atas masalah yang berlaku. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang sepatutnya memantau keadaan ini juga hanya lebih berselera menyaman daripada memperbaiki kemudahan untuk rakyat. Inilah yang membimbangkan orang rama sebenarnya. Justeru, pihak berkenaan digesa mengambil perhatian atas teguran ini demi keselamatan orang ramai terutamanya para pelancong yang datang dari luar ke bandar Kuantan. Persoalannya, kenapa jalan dari Kuantan ke Pekan begitu canggih, sedangkan tidak banyak kenderaan yang melalui jalan itu. Malah, sepanjang jalan tiang lampu dipasang. Peliknya, jalan utama ke Kuantan gelap gelita tanpa ada iniseatif untuk dibaik pulih. Justeru, kerajaan digesa bertindak segera demi keselamatan rakyat dan pengguna jalanraya keseluruhannya. Lagi pun, ia adalah jalan yang merupakan laluan pintu masuk utama ke bandar Kuantan ini sebenarnya!]

26 comments:

Anonymous said...

Pihak pihak berwajib hal pengurusan senggaraan kena ambil perhatian dan tindakan.Suatu masa dulu terdapat `Pengarah' yang mengamalkan konsep ` no wrong door' lapor dan aduan akan di ambil tindakan susulan.Bersikap adil dan terbukalah jangan pandai menunding jari.Yang di paparkan oleh PDO memang dah lama tak kan tak ada yang perasan, kalau ada pun sebab RM tak ada kot?

Anonymous said...

Jln masuk kebandar ktn dari tol ktn masih belum siap dibina sepenuhnya, dah mula bina may 2008, kenapa masih tak siap, apa sudah jadi pada LESTARI NILAM,sykt kroni siapa? APA MB buat? ATAU TIDO shj, highway LPT dah siap, jln masuk bandar belum siap,jln BAHAYA byk kemalangan,gelap, MUNGKIN MB TAK LALU jadi buat bodo jerlah MB..

Anonymous said...

Sy selalu berulang alek dari UMP ke bandar..sakit hati bawak keta terpaksa mengelak lubang2..tayar pon cepat haus sbb jalan kasar dan x rata...bhgn penyelenggaraan JKR tido ke ke ape?

Anonymous said...

itu jalan ktn pekan....jln bodek kot-kot leh dapat dato

Anonymous said...

memalukan...jalan masuk ke bandar kuantan mcm pangan

Anonymous said...

ada 6 jln msk bandar ktn jln beserah,semambu,tg lumpur,gambang dan bkt ubi, jln bkt setongkol, bila tiba waktu balik kerja dari pusat bandar ada 4 jln keluar UTAMA jln telok sisek, jln bkt ubi, jln ayer puteh, jln gambang, adakah DATO ZUL MPK terfikir betapa sesaknya pengguna kenapa tiada perancangan bina JALAN KELUAR BARU? bila DAH DPT SAMAN meningkat bagi lah keselesaan pada rakyat balik, atau hanya DUDUK DALAM OPIS AIR COND SHJ? DATO ZUL org muda, jgn lah ikut perangai pentadbiran org lama yg dah nak pencen...peka lah sikit..

Anonymous said...

JKR,Jabatan Perancang Negeri dan MPK cepat sikit bincang dan penyelesaian segera sebelom kerajaan baru jentik!!!..hehehe

Anonymous said...

bandar MEC dah lungkup! dijadikan UMP pula, masih nak majukan lagi, tapi jalan utama kebandar pecah sana sini, dek angkara LORI PENYAMUN BIJIH!!,lampu jalan TIADA,signbord jln tak cukup UNDANG kemalangan, jadi apa yg sebenarnya nak dimajukan jika kaw utama pembangunan dibiarkan, jadi hasil duit NEGERI MB buat apa? atau nak salahkan JKR pula? PM dah org pahang masih lagi tak dpt duit dari PUTRAJAYA? atau YB dan MB sibuk isi PERUT sebelum PRU 13 ini?

Anonymous said...

diorg mana lalu jln tu. rakyat jelah y tanggung.

Anonymous said...

ADUN sibuk melombong bijih besi..tak perasan jalan rosak, lampu tak de

Anonymous said...

org atas peduli apa...Btol sgt Rakyat didahulukan...wakaka...TUKAR Gomen je lah..!!

Anonymous said...

x yah kata jalan masuk ke kuantan,,tgok jalan besar sudah... permukaan jalan dah kasar, berjerawat pasal ape x tampal? klu kerajaan negeri xdok duit mari kita pakat derma ramai2..hihihi

fidel castro said...

orang bincang pasal infrastruktur ada pula yang tolol bawa topik lain..buka blog sendiri lah wahai penjilat najis tegar umno

Anonymous said...

akai ada? salah topik.org bincang pasal kemudahan dia bw msk politik plak.hempuk kepala br tau.

Anonymous said...

Aku setuju Fidel castro: Ni kes tak pandai nyelit isu la tu. Org sibuk cite masalah rakyat, si Buta Tanpa Tongkat ni cite pasal DAP & PAS. Bagi salam la weh. Baru aku ingat depa ni bila eja "H.U.D.U.D bunyinye "JALAN".Patut la tak reti-reti nk dengar nasihat orang.Tak kira parti apa pun bila memerintah 'Infrastruktur kene la jaga...Bagi salam nk nyampuk.

Anonymous said...

bukan salah topik weh...tapi org yg termakan cili terasa pedas laa..semua hal itu berkaitan dgn infrastruktur laa..berkaitan dgn pihak pentadbir berkaitan dgn pemerintah pahang laa...apasal dah buta hati tak pandai pikir ker? itulah pasal dah lama sgt dgn UMPURNO..jadi muhasabahlah...kata sama2 tukar..tukar di PRU13 ini..

Anonymous said...

jln dr tol im ke bndr sgtlah teruk. byk sgt lubang. kalau xsalah dh lbh dari 3 kontraktor tp msh xsiap2 lg. ini yg rasa nk tkr org baru pd pru13 ni. apa yg dibuat oleh krajaan ngri skrg ni. Lbh baik cepat brtndak sblum rakyat bosan dgn krjaan skrg ni

Anonymous said...

deme lupa nk mskkan dlm nkra. wakaka

Anonymous said...

Jalan tue memang buruk gile..tapi kalu laju,memang Kene speed trap gak..jpj selalu jer buat road block kat situ..pelik.

Jgn selit yg bukan2..aderlak bg hukum "neraka"..itu hak Allah,bukan hak kiter..ya Salam..jangang ikut bodo-bodo maner2 ahli politik,kiter piker elk.sampai masa kita decide nanti.

Kita tak perlu saper2 kontrol kiter,Biar kiter yg kontrol politician..

Anonymous said...

Boh,

Tue jalan Kuantan - pekan MU jgn Bubuh sini..masak MU Kene nanti..lori bijih pun jgn sentuh..jpj pun takut nak tahan...MU paham 2 la bos,kana tak duduk pahang keg..rama doh Kene sound gitu..buang deh..sebum ulat2 bace.

Skarang u dah tulis fakta..Aku suka.

Anonymous said...

JALAN ROSAK SEBAB LORI BALAK DENGAN BIJIH BESI..SEKARANG BIJIH BESI SAPA OWNER.SAPE YANG BERANI TERJAH.OTAI2 PEMIMPIN KITA SINI 90% ADA LESEN BIJIH NI.DAH RAMAI EKSIDEN/KEMALANGAN MAUT LANGGAR BELAKANG LORI BIJIH BESI NI SEBAB BANYAK GERAK MALAM PASTU LAMPU BELAKANG MACAM LAMPU BASIKAL MAINAN.POLIS/JPJ MANE LA BERANI NAK TAHAN.TAKOTTT..SEMUA TU OTAI PUNYA.BERANI TAHAN KER SAT LAGI DPT CALL LER.BAWA MUATAN LEBIH SAMPAI JAHANAM JALAN.TUNGGU SEDIKIT MASA KITA SAMA2 TERJAH.HARAP ADA YANG BERANI LIST KAN OWNER BIJIH YANG RAKUS MERANAPKAN DAN TAMAK SEHINGGA LUPA KESUSAHAN RAKYAT UNTUK MAKAN DAN MINUM.MEREKA PENDAPATAN RATUS RIBU/JUTA SEBULAN.

Anonymous said...

mana pegi nye bajet penyelenggaraan jalan sekitar bandar kuantan ni hah?sebelum sukma nmpak ade lah tampal sikit2 jgn ke tidak..pastu senyak lalu..tolong lah menten jalan kita ni..harap pihak berwajib bg penjelasan segera..nok kena tuko kerajaan dh nie..lembab sgt dahhhh

Anonymous said...

huh...jalan kg padang ke im pun x siap2. masuk jap rtm hari tu bukan main lagi kononnya kerja2 pembinaan rancak dijalankan. lancau.

Anonymous said...

kerajaan muflis,,,,,mana la ada duit nak buat jalan..........

Anonymous said...

jalan Gambang ni patut di tukar jadi Jln Gampang.......sama macam kerajaan negeri...macam Gampang jugak.....

Anonymous said...

bukan setakat takde lampu...jalan berlubang rosak..mcm2.sakit hati kereta saya selalu kena adjust allignmment.kerajaan pahang takde duit ke apa nie..jkr buat apa..dalam bandar jalan besar(laluan bus stand lama) pun sama juga berlubang..ada je sukan sukma repair jalan vip shj.VIP tak rasa guna kereta mahal..cuba la Adun/MP/Sultan guna proton wira myvi kancil cuba gunakan jalan rosak tu.
tahan lori tu polis mana ngerti...tu kerja jpj..dia la tahu pasai muatan lebih ke tidak